Owh tadi enn enn Elf buka youtube...Actually tujuan Elf buka youtube just nak search lagu
But Elf 'ter'tekan pulak link tajuk "ceramah by dato' Dr. Haji Fadzilah Kamsah"
Elf tak tutup/tukar ceramah nih Elf still tengok and sampai habis, masa tu Elf terpegun dengan apa yang ditunjuk then teringin pulak nak search kat mr.google nih so Elf pun jumpa cara-cara ni and try ikut guideline nih
Me~Menjadi ~!!
So Elf ambik sikit-sikit tentang panduan ni and paste kat blog :)
Ohh Okeh~ Now Cuba korang perhatikan bentuk tulisan sendiri, then cer try baca personaliti korang menerusi guideline (panduan) kat bawah ni. Korang tahu tak kajian ini telah dilakukan oleh nama-nama besar di negara kita nih antaranya Dato' Dr Haji Fadzilah Kamsah dan ramai lagi
Kitorang dah try apa yang Dr cakap tu, it's it's amazing tau..
Korang bila lagi :)
Nak try tak ? Okey korang ikut panduan kat bawah ni k :)
Pertama: Tekanan
Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif)
Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
(Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit)
Kedua: Bentuk Tulisan
Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat.
(Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan - otak kreatif)
Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp (tajam)
(Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri - otak logikal)
Ketiga: Kecondongan
Condong ke kanan
Extrovert: suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah
Condong ke kiri
Introvert: suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang
Tegak
Systematik, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah
Campur-campur
Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)
Keempat: Kerapatan
Jarang-jarang
Tak suka campur gaul dengan orang, kurang mesra dan sedikit boros.
Rapat-rapat
Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut
Kelima: Pada huruf J, G, Y, Z
Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan
b) Kecil, pendek dan tak sempurna
Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri
Keenam: Pada palang huruf kecil T (t)
Tinggi
Tahap aspirasi tinggi
Rendah
Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
Tengah-tengah
Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana
Rumusan:Tulisan dapat mencerminkan peribadi. Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup.